undefined
undefined
Peluang keemasan kepada semua pelajar IPT, sekiranya korang berminat dalam bidang fotografi, ini ada satu pertandingan yang dianjurkan untuk mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar IPT. Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan, kalau menang boleh la beli kamera Dslr, tak pun boleh cover kos pengajiann untuk dua sem.
HADIAH
1. Hadiah disediakan untuk Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, dan Lima (5) saguhati.
Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
- Johan :Wang Tunai RM 4000.00
- Naib Johan :Wang tunai RM 3000.00
- Tempat Ketiga :Wang tunai RM 2000.00
- Saguhati x 5 Pemenang :Wang Tunai RM 500.00
SEKIRANYA ANDA BERMINAT, INI ADALAH SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK PENGANJUR.
SYARAT PERTANDINGAN:
1.Pertandingan adalah TERBUKA kepada semua pelajar Insititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh Malaysia.
2. Penyertaan adalah PERCUMA.
3.Foto yang diambil mestilah merupakan foto terkini, mempunyai mesej, nilai-nilai dan berunsurkan konsep dan semangat 1Malaysia dan menonjolkan keistimewaan konsep tersebut. Karya foto juga mestilah mengandungi sekurang-kurangnya salah satu daripada lapan (8) nilai 1Malaysia seperti berikut:
1. Budaya Kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah Hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Integriti
8. Pendidikan
9.Interpretasi para peserta terhadap tema 1Malaysia adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas.
10. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital atau analog.
11.Segala kos yang terlibat dalam menyertai pertandingan ini adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
12.Semua foto pertandingan mestilah berukuran Super 8R (8” x 12”).
13.Karya foto MESTILAH disimpan di dalam CD/DVD dengan menggunakan format jpeg dan DISERAHKAN bersama foto yang telah dicetak kepada pihak penganjur sebagai bukti penyertaan.
14.Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang penyertaan dan mendapat pengesahan dari pihak pengurusan universiti masing-masing.
15.Segala maklumat semasa berkenaan pertandingan boleh didapati di laman web www.upnm.edu.my atau pergi ke Facebook dan taip "Wajah 1Malaysia"
16.Foto yang dikemukakan bagi tujuan pertandingan ini mestilah foto asli yang diambil sendiri oleh peserta.
17. Suntingan atau ubahsuai minima seperti pengubahan brightness, cropping, softening dansharpening terhadap foto menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah tidak dibenarkan.
18.Penggunaan ayat-ayat interpretasi untuk menggambarkan tema foto yang diambil adalah dibenarkan. Sebagai contoh, ”1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Penuh Integriti Pencapaian Diutamakan”, Adab Dan Sopan Mutiara Perpaduan”, “1Malaysia Payung Perpaduan Nusa, Hidup Sebumbung Aman Bersusila ” dan sebagainya.
1.Setiap peserta boleh menghantar sebanyak 1 hingga 10 keping foto dalam setiap penyertaan tetapi hanya satu (1) hadiah sahaja boleh dimenangi bagi setiap penyertaan tersebut.
2. Pihak penganjur mempunyai hak miliik ke atas foto pertandingan dan berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta. Foto-foto yang terpilih juga akan dibukukan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1.Semua penyertaan berserta borang yang telah lengkap diisi mestilah sampai ke pejabat urusetia sebelum atau pada 30 JUN 2011.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1.Keputusan akan diumumkan di laman web pertandingan, dan setiap pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.
2.Penyampaian hadiah dan pertunjukan slideshow foto-foto penyertaan akan diadakan semasa majlis penyampaian yang akan diberitahu kemudian.
PERTANYAAN LANJUT
1.Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung dengan urusetia pertandingan di talian: 03-90513018 / 019-6606280
ALAMAT PENYERTAAN
2.Semua karya foto berserta borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserah atau dikirim kepada alamat seperti di bawah:
URUSETIA
PERTANDINGAN FOTOGRAFI WAJAH-WAJAH 1MALAYSIA
Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Tingkat 1, Bangunan Canselori,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
(u.p En Rafizul Bin Rozlee)
Post a Comment